Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ini pelajar-pelajar Tingkatan 6 Atas mengikuti Program Maju Diri (PMD) yang dikendalikan oleh Kaunselor, En Hamid. Diharapkan para pelajar dapat mengikuti program ini dengan sebaiknya. Program ini diadakan bertujuan bagi menyediakan pelajar dengan persekitaran pembelajaran di peringkat Pra Universiti. Pembelajaran pada peringkat ini adalah sangat berbeza jika dibandingkan dengan cara belajar di menengah bawah. Oleh itu, pelajar pra u diharapkan dapat memanfaatkan peluang ini sebaik mungkin bagi memahami dan mempelajari teknik pembelajaran yang berkesan. Selain itu, dalam program ini pelajar juga diberi panduan bagaimana mengurus diri dalam kehidupan seharian dan juga bagi menghadapi alam pekerjaaan pada masa akan datang. Persekitaran sekolah dan pekerjaan adalah berbeza. Justeru, pelajar harus mempunyai soft skill sebagai value added bagi membolehkan mereka menyambung pelajaran dan juga memperolehi pekerjaan.

No comments:
Post a Comment