Monday, February 22, 2010

KEMPEN DERMA DARAH



KEMPEN DERMA DARAH

Anjuran bersama:
Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah, Klang
Majlis Perwakilan Pelajar Prauniversiti SMKTPG
Persatuan Bulan Sabit Merah SMKTPG
Unit Bimbingan & Kaunseling SMKTPG
Agensi Anti Dadah Kebangsaan
Persatuan Bulan Sabit Merah, Cabang Kuala Langat

Tarikh: 23 Februari 2010
Hari: Selasa
Masa: 10.00 Pagi - 3.00 Petang

Tempat:
Dewan Seri Panglima
SMK Telok Panglima Garang
Kuala Langat, Selangor



ATUR CARA

10.00 - 10.30 Pagi - Pendaftaran
10.30 - 3.00 Petang - Kempen Derma Darah
Pameran Anti dadah

MATLAMAT:
Kempen derma darah ini ialah satu program untuk membantu Tabung Darah hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Program ini merupakan salah satu aktiviti Ko Kurikulum pelajar-pelajar Prauniversiti SMKTPG berteraskan unsur khidmat masyarakat. Melalui program ini di harapkan agar ciri-ciri kepimpinan dan keterampilan pelajar prauniversiti SMKTPG dapat diterapkan.

OBJEKTIF
1.) Membantu mengisi Tabung Darah Hospital tengku Ampuan Rahimah Klang
2.) Memupuk masyarakat yang prihatin bagi membantu pihak hospital menangani masalah kekurangan bekalan darah.
3.) Meningkatkan kesedaran tentang bahaya penyalah gunaan dadah dalam kalangan pelajar sekolah khasnya dan masyarakat amnya.

Thursday, February 11, 2010

PENGUMUMAN!!!



Sebagai alternatif kepadaa Blog MPP SMKTPG kini diwujudkan pula Blog Pra U SMKTPG. Diharapkan kedua-dua blog tersebut dapat memberi manfaat dan digunakan semaksima mungkin bagi melonjakkan kecemerlangan pelajar Pra U SMKTPG. Para pengajar dan pelajar dipersilakan memberi pandangan serta idea bagi mengemaskini blog tersebut dan beberapa penambahbaikan dapat dilakukan bagi manfaat bersama. Blog ini bukan sahaja dikhaskan kepada pelajar SMKTPG semata-mata tetapi turut membuka pintu kepada pelajar Pra U seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak. Adalah diharapkan semua pengajar dan pelajar Pra U semua dapat bertukar pendapat bagi memantapkan ilmu yang dipelajari bagi dipergunakan menjelang pepriksaan STPM 2010 nati.

Tajuk lain yang mungkin diminati

Related Posts with Thumbnails